
MUSIM (satu)
EPISOD 1 – BERTEMU ARWAH IBU DI MASJID NABAWI
Kematian ibu memberi kesan besar dalam diri Azimah Mohd Azrai sehingga mengubah terus kehidupannya dari seorang yang ceria kepada pendiam. Namun, berkat doa yang tidak putus menemukan beliau dengan arwah ibu ketika bersolat di Masjidil Haram.
EPSIOD 2 – SAKIT DI TANAH SUCI
Ujian Alah di Tanah Suci datang dalam pelbagai cara. Bagi Haji Zainul Yusof dan isteri, kesakitan kaki dan batuk berdarah yang dialami begitu menguji kesabaran, ketabahan dan kesungguhan mereka dalam menyempurnakan ibadah haji.
EPISOD 3 – MENGUBAH SEMPADAN IMAN
Ibadah haji mengubah kehidupan Prof. Muhd Kamil Ibrahim dari seorang yang jahil kepada seorang yang begitu menitikberatkan soal agama. Malah pengalaman mengerjakan haji mendorongnya untuk menulis sebuah buku iaitu “Travelog Dakwah”.
EPISOD 4 – KITA INSAN BIASA
Dayangku Intan menunaikan umrah ketika menghidapi penyakit arthritis dan dinasihatkan doctor supaya menanguhkan pemergiannya ke Tanah Suci. Namun, pelbagai masalah kekeluargaan yang dihadapi mendorong beliau untuk meneruskan niat ke sana . Di sana beliau menyaksikan kekuasaan Allah apabila penyakit yang dihadapi hilang begitu sahaja.
EPISOD 5 – TERANJUR KATA
Keterlanjuran kata dan kekurangan ilmu mengundang padah kepada Haji Zainal Bujang.Di sana beliau kehilangan anak apabila memarahi anaknya dengan kata – kata kesat alam Masjidil Haram. Belaiu juga dikehendaki membayar dam apabila menyangka seorang hamba yang membantunya mengucup Hajaru Aswad sebagai Nabi Khidir.
EPISOD 6 – CINTAILAH ALLAH
Noorkumalasari berpeluang mengerjakan haji dan umrah beberapa kali. Di sana beliau mealui pelbagai peristiwa yang akhirnya membuka hati penyanyi ini untuk kembali kepada Alah SWT.
EPISOD 7 – MENGGELETAR MELIHAT ISI KAABAH
Pengalaman melihat isi Kaabah semasa mengerjakan rukun Islam kelima pada 1982 mengubah terus kehidupan Haji Abdul Manaf Tukijo. Setiap kali menceritakan pengalaman beliau kepada orang lain pasti air matanya mengalir, tanda keinsafa yang tiada berpenghujung.
EPISOD 8 – TERSELAMAT DARIPADA TRAJEDI
Terselamat dari tragedi maut yang meragut tiga ahli keluarga begitu menginsafkan Haji Khair Abdul Salam. Beliau bersyukur masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup ini.
EPISOD 9 – KOTA UJIAN
Ustaz Hassan Mahmud menceritakan pengalaman beliau ke Tanah Suci sejak dari kota suci itu mundur sehinggalah ia membangun sedikit demi sedikit. Beliau juga menceritakan pengalamannya diubati secara ghaib oleh lembaga hitam ketika sedang koma.
EPISOD 10 – PUTERI MULTAZAM
Kehadiran empat cahayamata lelaki mendorong Hajah Zalila memohon kepada Allah SWT untuk mendapakan seorang anak perempuan pula. Ketika beribadah di depan Multazam, tanpa pengetahuan suani beliau telah berdoa untuk mendapat anak perempauan. Akhirnya pada 1997, keluarga mereka diserikan dnegan kehadiran anak perempuan.
EPISOD 11 – TELEKUNG DAN CAHAYA MISTERI
Puan Rasidah dan suami mengerjakan umrah pada 1994. Di sana mereka mengalami peristiwa pelik apabila telekung yang dipakai bersai terlekat cahaya misteri semasa beliau lalu di bawah cahaya misteri. Di Tanah Air pula, beliau dan suami melihat bulan mengambang penuh dengan sebuah bahtera dan seorang lelaki sedang sujud antara dua sujud dalam bulan itu.
EPISOD 12 – MENINGGAL SEMASA HAJI
Kehilangan suami semasa mengerjakan ibadah haji memberi tamparan hebat bagi Hajah Fauziah Abdul Wahab dan anak – anaknya. Namun, peristiwa hitam itu dijadikan pemangkin kepadanya untuk menempuh ujian hidup ini dengan lebih tabah dan kuat.
EPISOD 13 – RAMBUT SAMA HITAM HATI LAIN-LAIN
Haji Majid Muda Dan Hajah Rakiah Mohamed sudah lebih 20 tahun menjadi pembimbing jemaah haji dan umrah. Sepanjang pengalaman menjadi pembimbing haji itu, mereka melihat pelbagai kerenah jemaah sama ada yang manis ataupun sebaliknya.