Home RANCANGAN Khazanah Dari Syurga
 
KHAZANAH DARI SYURGA
 
EPISOD 1
DOA MENUTUP AURAT

Episod doa menutup aurat memberi kesedaran kepada kaum wanita yang tidak pernah menutup aurat tentang hukum dan seksaan yang bakal di terima nanti.

EPISOD 2
DOA MENJADI ORANG YANG TAAT MENGERJAKAN SOLAT

Doa ini hendaklah diamal bagi memperkukuhkan iman dan solat seseorang manusia itu. Nabi Ibrahim pernah membaca doa ini agar baginda dan zuriatnya kekal mendirikan solat.

EPISOD 3
DOA KETIKA DITIMPA MUSIBAH

Doa ini di anggap perintah daripada Allah dan amalkanlah doa ini apabila ditimpa musibah kecil dan besar.

EPISOD 4
DOA AGAR DICUKUPKAN KEPERLUAN RUMAH TANGGA

Doa agar dicukupkan keperluan rumah tangga adalah doa yang diajar oleh rasulullah s.a.w dan telah diamalkan para sahabat dan orang yang bertaqwa, supaya memiliki rasa syukur dan rasa cukup dan Allah jualah yang akan mencukupkan keperluan rumah tangga dan kehidupan.

EPISOD 5
DOA MEMOHON KEAMPUNAN

Menerusi episod ini, kita dapat mengikuti sejarah Nabi Adam dan Hawa dimana apabila mereka berdua dikeluarkan dari syurga Nabi Adam dan Hawa membaca doa ini bagi memohon keampunan.

EPISOD 6
DOA AGAR SALING KASIH MENGASIHI ANTARA SUAMI ISTERI

Doa ini menyeru kepada pasangan suami isteri supaya sentiasa cinta mencintai antara satu sama lain dan terimalah pasangan kita seadanya.

EPISOD 7
DOA UNTUK MENGATASI STRES

Episod ini ustazah berkongsi petua untuk mengelakkan stres atau tekanan seperti membaca al-quran sekerap yang mungkin.

EPISOD 8
DOA MINTA CINTA ALLAH

Episod ini mengingatkan kembali kisah rasulullah s.a.w. yang mencari kebenaran di Gua Hira’. Beberapa fadilat yang berguna terdapat dalam doa ini.

EPISOD 9
DOA SEMOGA ALLAH DIMURAHKAN REZEKI

Episod ini mengajar umat islam supaya sentiasa berdoa dan meletakkan harapan kepada Allah s.w.t. yang maha memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki.

EPISOD 10
DOA MEMOHON KESEMPURNAAN AGAMA

Episod ini, ustazah memberi contoh dengan menceritakan kisah Bilal bin Robah yang dijemur dibawah cahaya matahari dengan batu yang besar diatas dadanya, kerana bertauhidkan Allah.

EPISOD 11
DOA KETIKA DALAM KESUSAHAN

Episod ini menceritakan kisah Nabi Yunus yang berada di dalam perut ikan, baginda berdoa dengan penuh ikhlas dan khusyuk sehinggakan doanya sampai ke Arasy Allah s.w.t. dan di dengari oleh malaikat.

EPISOD 12
DOA AGAR DIBERI KEKUATAN DAN KESABARAN DALAM RUMAH TANGGA DAN DALAM KEHIDUPAN

Doa ini menunjukkan betapa kesabaran itu memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan. Ustazah menceritakan sejarah doa ini yang digunakan semasa peperangan di antara tentera Talut dan Jalut, beliau juga memberi beberapa petua untuk bersabar.

EPISOD 13
DOA SUPAYA ALLAH MENGURNIAKAN ANAK

Episod ini memberi panduan kepada pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan anak supaya sentiasa mengingati-nya dengan berdoa kerana dialah penentu segala kejadian. Kisah Nabi Zakaria diselitkan dalam episod ini.

EPISOD 14
DOA TAMBAH ILMU

Doa ini menyeru manusia supaya menuntut ilmu tanpa mengenal erti jemu. Ilmu hendaklah bertambah dari hari ke hari, sabda rasulullah s.a.w. ”tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”.

EPISOD 15
DOA KETIKA HENDAK MEMBACA AL-QURAN

Sebelum membaca al-Quran, kita seharusnya membaca doa ini bagi menghindari diri daripada hasutan syaitan yang direjam.

EPISOD 16
DOA UNTUK KEDUA IBUBAPA

Doa ini mengajak manusia supaya sentiasa berbuat baik kepada kedua ibubapa kita. Kerana apa yang kita lakukan kepada ibu bapa kita hari ini, itulah yang akan dibalas oleh anak-anak kita kelak.

EPISOD 17
DOA MASUK PASAR

Dalam episod ini ustazah memberi ulasan tentang pentingnya membaca doa ini ketika hendak melangkah ke pasar, ini kerana pasar adalah tempat syaitan bermaharajalela.

EPISOD  18
DOA AGAR DIPERMUDAHKAN HISAB DI AKHIRAT

Episod ini ustazah menceritakan Allah akan memaafkan dosa hambanya walaupun sekecil mana. Antara hikmah doa ialah dunia, akhirat, hidup dan mati adalah benar dan hari perhintungan itu adalah benar.

EPISOD 19
DOA MENGHAPUSKAN DOSA DENGAN ALLAH

Doa ini menyeru umat islam supaya sentiasa memohon ampun kepada Allah s.w.t. semoga di jauhi dosa dan syaitan. Sirah mengatakan rasulullah selalu beristighfar kepada Allah dan apatah lagi kita hanya umat biasa, dengan mengamalkan doa ini kita dapat meruntuhkan tipu daya iblis yang sentiasa menghasut umat islam.

EPISOD 20
DOA MENDAPAT ZURIAT YANG SOLEH

Doa ini meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasa putus asa kerana tidak dikurniakan zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah kepada Mariam a.s, baginda meyakini bahawa Allah yang maha berkuasa dan akan memberinya anak.

EPISOD 21
DOA KETIKA HARI PERTAMA KEDATANGAN HAID

Doa ketika hari pertama kedatangan haid memberi panduan kepada muslimah supaya mengamalkan doa ini, bagi setiap wanita yang membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

EPISOD 22
DOA MENGHILANGKAN DARAH GEMURUH

Episod ini membawa kita mengimbas kembali sejarah nabi musa yang begitu takut untuk menjalankan dakwahnya di zaman firaun, dengan membaca doa ini hilanglah perasaan takut dan gentar baginda, kemudian Nabi Musa terus menjalankan dakwahnya.

EPISOD 23
DOA KETIKA DITIMPA BENCANA ATAU PENYAKIT

Episod doa ketika ditimpa bencana atau penyakit mengajak umat islam untuk mengamalkan doa ini dan sentiasa berserah kepada Allah kerana kesakitan dan kesihatan adalah ujian daripada Allah s.w.t., doa ini pernah dibaca oleh Nabi Ayyub ketika baginda dilanda sakit yang tiada tolok bandingnya.

EPISOD 24
DOA MEMOHON DITETAPKAN IMAN DAN PENDIRIAN

Episod ini memberi kesedaran kepada manusia bahawa iman dan pendirian seseorang itu sangat mudah untuk berubah, dengan mengamalkan doa ini, maka Allah akan meneguhkan iman dan pendirian hambanya. Doa ini juga selalu dibaca oleh Nabi s.a.w.

EPISOD 25
DOA AGAR BEROLEH TEMPAT TINGGAL YANG BAIK

Episod ini mengajak kita supaya sentiasa mengamalkan perkara-perkara yang boleh menyejukkan rumah seperti dengan membaca al-Quran, berzikir dan bersolat. Doa ini dibaca oleh rasulullah ketika baginda diburu tentera kafir quraisy.

EPISOD 26
DOA MELETAKKAN ANAK DI ATAS RIBA

Menyayangi kanak-kanak adalah sesuatu yang mulia dan bagi sesiapa yang menyayangi anak sendiri mahupun kanak-kanak lain, mereka dianggap seperti menyintai rasulullah s.a.w.

EPISOD 27
DOA SEMOGA DILIMPAHKAN REZEKI

Doa ini adalah doa yang diajar oleh rasulullah s.a.w. kepada sahabatnya supaya selalu meminta kepada Allah untuk dilimpahkan rezeki. Doa ini juga adalah pujian bagi Nabi Muhammad s.a.w. sebagai hamba Allah yang jujur lagi menepati janji.

EPISOD 28
DOA SELESAI MEMBACA AL-QURAN

Doa ini membawa maksud kita seharusnya sentiasa memohon agar Allah memberi cahaya dan petunjuk kepada kita kerana manusia adalah makhluk Allah yang sentiasa melakukan dosa, sabda rasulullah s.a.w.  ”sebaik-baik diantara kamu ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”, golongan ini dipanggil ahli al-Quran, dan al-Quran jugalah yang akan menjadi sahabatnya di kubur nanti.

EPISOD 29
DOA APABILA MELIHAT KEBESARAN DUNIA

Episod ini menyeru manusia supaya membaca doa ini apabila melihat sesuatu yang mengagumkan atau menerima berita yang jarang sekali didengar, kerana segala yang terjadi di dunia ini adalah ciptaan daripada Allah s.w.t.

EPISOD 30
DOA KETIKA MASUK DAPUR

Doa ketika masuk dapur ini, amat sesuai bagi suri rumah yang sentiasa sibuk dengan kerja memasak dan sebagainya, doa ini juga mengajar umat islam beberapa adab untuk masuk ke dapur antaranya menutup aurat dan berwuduk sebelum masuk ke dapur kerana memasak juga satu ibadah.

 
 

BERITA TERKINI

Popular