Home RANCANGAN Hadis Pilihan
 
HADIS PILIHAN
 
EPISOD 1– MUNAFIK
Episod ini membincangkan topik munafik. Munafik membicarakan golongan seperti berpura-pura menerima Islam, orang yang tidak bercakap benar dan sentiasa memungkiri janji.

EPISOD 2 – ADIL KEPADA ANAK-ANAK
Berlaku adil kepada anak-anak adalah antara topik yang  dibincangkan untuk kali ini. Kebanyakan ibubapa kini, tidak memberi penuh kasih sayang kepada anak-anak mereka.

EPISOD 3 – JODOH ANAK GADIS
Jodoh di tangan tuhan, namun manusia harus berusaha untuk mendapatkan yang terbaik di dalam kehidupan berumahtangga. Peranan ibubapa adalah antara yang terpenting dalam menjodohkan anak-anak.

EPISOD 4 – SEDEKAH
Sedekah adalah satu amalan jariah yang sangat terpuji. Sebenarnya kita perlu untuk mengetahui kepada siapa kita patut bersedekah.

EPISOD 5 – ISTERI YANG DILAKNAT MALAIKAT
Suami isteri adalah satu pasangan yang mulia di sisi Allah s.w.t kerana mereka mengikat hubungan dengan pernikahan yang disuruh dalam Islam.

EPISOD 6– KEHORMATAN ISTERI

Syurga di bawah telapak kaki suami, justeru itu, isteri hanya dibenarkan menghias diri untuk suaminya sahaja dan bukan kerana orang lain.

EPISOD 7– EMPAT SUMBER KEBAHAGIAAN
Kebahagiaan sentiasa diimpikan setiap insan di dunia ini. Terdapat empat sumber kebahagian yang dibincangkan di dalam topik ini iaitu isteri, anak-anak yang soleh, rakan yang baik dan rezeki yang halal.

EPISOD 8 – PUNCA BALA DAN BENCANA
Punca bala dan bencana yang berlaku di Malaysia khususnya adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri. Ini antara isu yang dibincangkan di dalam topik ini.

EPISOD 9 – PENCERAIAN
Di Malaysia peratusan penceraian setiap tahun mengalami peningkatan yang tinggi. Isu ini dibicarakan kerana penceraian adalah perkara dibenci Allah.

EPISOD 10 – DUA JENIS MANUSIA DIBENCI ALLAH S.W.T
Allah s.w.t begitu benci kepada mereka yang memutuskan hubungan silaturahim dan jiran yang jahat. Maka berbuat baiklah sesama manusia dan jalinkan hubungan yang sempurna.

EPISOD 11 – HAK TUBUH BADAN
Episod ini membincangkan hak tubuh badan. Utamakan hak tubuh badan untuk memperoleh kekusyukan di dalam solat.

EPISOD 12 – JANGAN GOPOH
Di dalam solat, manusia tidak digalakkan melakukan sembahyang dalam keadaan yang tergesa-gesa. Mengadaplah Allah dalam keadaan yang tenang dan sopan.

EPISOD 13 – MENGHORMATI JENAZAH
Menghormati jenazah adalah perlu kerana ia masih seorang manusia biarpun tidak bernyawa.

EPISOD 14 – IBU LEBIH UTAMA DARIPADA AYAH

Episod ini menerangkan peranan ibu yang begitu mulia di sisi Allah. Sekiranya ibu dan ayah memanggil seseorang anak, maka hendaklah ia mendahulukan ibunya.
 
EPISOD 15 – SUJUD YANG SEMPURNA

Sujud sebahagian daripada rukun solat. Ia harus dilakukan dengan sempurna supaya memperolehi kesempurnaan.

EPISOD 16- PUTUSLAH AMALANNYA
Apabila seseorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalannya, dan sedekahkan pahala kepada si mati melalui tahlil atau melakukan ibadah haji.

EPISOD 17- MURTAD
Isu murtad hebat diperkatakan di Malaysia. Justeru itu, episod ini membincangkan topik berkaitan murtad.

EPISOD 18- NAMAYANG PALING DISUKAI ALLAH S.W.T
Abdullah dan Abdul Rahman adalah dua nama yang paling dimuliakan Allah s.w.t. rasulullah s.a.w menggalakkan ibubapa memberi nama anak-anak dengan dua nama berkenaan.

EPISOD 19- MEMINTA IZIN DAN MEMBERI SALAM

Meminta izin dan salam adalah adab sopan yang perlu diamalkan ketika bertandang ke rumah seseorang tidak mengira siapa penghuninya.

EPISOD 20 – RAHSIA MENJILAT JARI
Apabila selesai makan, hendaklah ia menjilat jari supaya tidak  berlaku pembaziran dan tahukah anda, di dalam makanan terdapat keberkatan.

EPISOD 21- MENGUAP ADALAH DARIPADA SYAITAN

Menguap dikatakan datangnya daripada syaitan yang melekakan manusia. Ketika manusia menguap, syaitan berebut-rebut untuk masuk ke dalam badan kita.

EPISOD 22- MENADAH TANGAN KETIKA BERDOA
Menadah tangan berdoa dikaitkan dengan memohon sebarang pertolongan daripada Allah s.w.t. cara menadah tangan yang betul ketika berdoa ditunjukkan di dalam episod ini.
 
EPISOD 23- SEGERA URUSAN JENAZAH

Islam menegaskan supaya jangan melengah-lengahkan pengurusan jenazah kerana terdapat alam lain yang sedang menunggu beliau.
 
EPISOD 24- RAHSIA MELEMBUT HATI
Rahsia melembut hati dibincangkan di dalam episod ini. Terdapat tiga cara untuk melembutkan hati iaitu dengan mengasihani anak-anak yatim dan usaplah kepala mereka.

EPISOD 25- TA’DIB
Ta’dib adalah topik yang dibincangkan di dalam episod ini. Ia merangkumi unsur-unsur penjanaan sahsiah dan perlu dididik sejak kecil.

EPISOD 26- IZIN SUAMI
Seseorang isteri perlu meminta izin suami sebelum keluar rumah ataupun untuk melakukan sesuatu perkara. Sekiranya suami tidak mengizinkan atau melarang, maka hendaklah ia mematuhi arahan itu.

EPISOD 27- HAK ISTERI

Seseorang isteri yang membelanjakan harta suaminya tanpa izin, pahala amalannya lebih kecil berbanding suami biarpun isteri menggunakan harta berkenaan ke arah kebaikan.

EPISOD 28- BERJABAT TANGAN
Berjabat tangan adalah cara untuk menghapuskan dosa. Walaupun pada dasarnya, perbuatan ini sekadar tanda hormat antara satu sama lain.

EPISOD 29- MEMENUHI UNDANGAN
Episod kali ini membincangkan isu memenuhi undangan. Sekiranya sesuatu majlis yang diadakan khususnya kenduri kahwin, selagi tidak melanggar hukum syarak yang ditetapkan agama Islam maka hendaklah ia hadir ke majlis berkenaan.

EPISOD 30- MERINGANKAN JEMAAH
Di dalam solat, imam adalah pemimpin. Apabila seseorang imam itu mengetuai jemaah, maka hendaklah ia memendekkannya.    
 
 

BERITA TERKINI

Popular