ISLAH
Musim Pertama (30 Episod)
EPISOD 1 – KERENAH MERTUA
Kerenah mertua memaparkan masalah antara menantu dan mertua. Ustaz memberi tips seperti menantu hendaklah sentiasa sembahyang berjemaah dan juga menghormati orang tua.
EPISOD 2 – SOLAT TERABAI
Episod solat terabai memaparkan masalah golongan muda yang suka melepak dan membuang masa daripada melakukan solat. Ustaz mengemukakan cara bagaimana untuk mengatasi masalah malas solat.
EPISOD 3 – KERENAH JIRAN
Episod kali ini mengisahkan tentang masalah hidup berjiran. Ustaz Hassan Mahmud telah memberi pandangan terhadap masalah jiran yang dihadapi oleh mak mah.
EPISOD 4 – BAHAYA TAHYUL
Bahaya tahyul memberi penekanan terhadap kecenderungan masyarakat hari ini yang suka menggunakan khidmat bomoh. Ustaz menyarankan agar sebelum berbuat sebarang keputusan, perlu mengambil kira pandangan orang ramai.
EPISOD 5 – MENGHADAPI KERENAH ANAK
Kerenah anak menceritakan luahan seorang ibu yang kesepian mengharapkan kepulangan anak-anaknya. Ustaz ada menyebut keredhaan allah itu bergantung keredhaan kedua ibu bapa
EPISOD 6 – CAHAYA MATA
Episod ini berkisar tentang kemelut pasangan suami isteri yang tidak mendapat cahaya mata selepas lama berumahtangga. Ustaz Hassan Mahmud mebacakan doa agar mendapat anak.
EPISOD 7 – MENJAUHI PERCERAIAN
Episod kali ini menceritakan tentang konflik rumahtangga yang mengakibatkan penceraian ataupun perpisahan. Hal ini kerana di dalam islam melarang umatnya berpecah belah.
EPISOD 8 – ADAB BERPAKAIAN
Isu ini membincangkan masalah remaja serta muda mudi sekarang yang gemar mengenakan pakaian kurang sopan. Ustaz menyatakan masalah ini berlaku akibat daripada pengaruh luar.
EPISOD 9 – BERHUTANG & TIDAK AMANAH
Episod ini memaparkan kisah pinjam meminjam dan liat untuk membayar semula hutang. Ustaz telah menjelaskan keadaan sebenar situasi ini berlaku dan beberapa hadis tentang hukumnya berhutang.
EPISOD 10 – PERGAULAN BEBAS
Episod kali ini berkisar tentang kebebasan bergaul di kalangan muda mudi. Mereka sepatutnya lebih mengetahui had dan batasan dalam pergaulan seharian.
EPISOD 11 – MUZIK JALAN KE NERAKA
Episod kali ini memaparkan ketaksuban muda mudi dalam menghayati muzik sehingga melalai dan merosakkan akidah. Ustaz memberi pandangan supaya jangan terlalu mengikut budaya luar yang dibawa masuk ke sini.
EPISOD 12 – SUAMI ISTERI CEMERLANG
Episod ini memaparkan kecemerlangan pasangan suami isteri dalam mendidik anak-anak. Ustaz berpesan supaya mendidik anak-anak dengan ilmu agama dan mengamalkan budaya hidup yang sihat.
EPISOD 13 – TUNTUTAN BERZAKAT
Episod ini menceritakan tentang tuntutan zakat. Ustaz menyatakan sesiapa yang tidak membayar zakat, mereka tidak digolongkan di dalam orang yang bersih.
EPISOD 14 – SPIRITUAL BUKAN MATERIAL
Episod spiritual bukan material mengisahkan tentang masyarakat sekarang yang lebih mementingkan pangkat, darjat, harta dan tidak mengambil kira perihal murni yang ada pada seseorang itu. Di sini ustaz ada menyatakan perkahwinan yang amat besar keberkatannya adalah yang segala-galanya mudah dari segi perbelanjaan.
EPISOD 15 – PEMBAZIRAN DALAM ISLAM
Episod ini membicarakan tentang masalah masyarakat kita dewasa ini yang suka membazir. Ustaz berkongsi bagaimana untuk mengelakkan pembaziran.
EPISOD 16 – TUNTUTAN HAJI
Haji adalah rukun islam yang kelima. Ustaz menggalakkan kita untuk menunaikan haji bagi yang mampu kerana setelah mengerjakan fardhu haji yang mabrur, segala dosa akan terhapus seperti baru dilahirkan.
EPISOD 17 – BAHAGIANYA HIDUP BERJIRAN
Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan rumah atau tempat tinggal kita. Ustaz menyatakan hak sebagai jiran antaranya hak kepada jiran yang bukan islam, jiran yang islam dan jiran islam yang bersaudara dengan kita.
EPISOD 18– KERENAH BOS
Episod ini mengisahkan tentang kerenah bos. Ustaz Hassan Mahmud menegaskan seorang ketua yang baik perlulah amanah, bertanggungjawab, bertimbang rasa serta berdisiplin.
EPISOD 19 – JIRAN BUKAN ISLAM
Episod ini berkisar tentang masalah jiran bukan islam. Ustaz Hassan Mahmud menyuruh kita mempamerkan akhlak yang baik dan juga sentiasa bertegur sapa sesama jiran yang bukan islam.
EPISOD 20 – PILIH KASIH
Episod pilih kasih kali ini membincangkan masalah ibu bapa yang mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anaknya secara tidak adil atau berat sebelah. Ustaz menyatakan kesan buruk akibat masalah ini.
EPISOD 21 – KEALPAAN DALAM BERCINTA
Episod ini menceritakan tentang kealpaan bercinta. Ustaz memberi penerangan dalam satu hadis yang membawa maksud hendaklah mencintai seseorang itu kerana allah.
EPISOD 22 – HIBURAN 24 JAM
Episod hiburan 24 jam memaparkan kisah program televisyen yang banyak menayangkan program-program berbentuk hiburan. Ustaz menyarankan agar memilih muzik yang menepati akidah islam, syariat dan tidak melanggar akhlak islam.
EPISOD 23 – MAT REMPIT
Isu ini mendedahkan masalah mat rempit yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Ustaz menerangkan kesan negatif akibat mat rempit.
EPISOD 24 – POLIGAMI
Perkataan poligami sinonim dengan lelaki yang berkahwin lebih daripada satu. Ustaz menyatakan sebab-sebab untuk berpoligami.
EPISOD 25 – KERENAH IBU
Kerenah ibu mengisahkan tekanan yang dihadapi oleh anak dek sikap ibu yang terlalu mengatur hidupnya sehingga mengongkong kehidupan. Ustaz memberi penerangan yang cukup menarik dalam hal ini dengan memberi contoh ibu kepada nabi kita muhammad s.a.w.
EPISOD 26 – POLITIK PEJABAT
Isu yang dipaparkan di dalam episod kali ini ialah tentang politik pejabat. Ustaz menasihati supaya sentiasa muhasabah diri terlebih dahulu serta elakkan daripada mengumpat.
EPISOD 27 – MENSYUKURI NIKMAT ILLAHI
Episod mensyukuri nikmat allah swt ini menyeru umat islam supaya sentiasa bersyukur. Ustaz memberi contoh nabi junjungan kita, apabila baginda menerima berita gembira, maka beliau akan terus sujud menandakan syukur kepada allah swt.
EPISOD 28 – TANGKAI JERING
Episod ini memaparkan isu tangkai jering atau sifat kedekut. Ustaz merungkaikan satu hadis dan juga doa berkenaan menghindari daripada terjebak dalam golongan orang yang kedekut.
EPISOD 29 – MENGHADAPI KEMATIAN
Episod ini menceritakan tentang menghadapi kematian. Ustaz menasihati supaya sentiasa menziarahi jenazah kerana ia sebahagian daripada fardhu kifayah.
EPISOD 30 – RASUAH
Episod ini memaparkan budaya memberi upah atau sebenarnya adalah rasuah di kalangan masyarakat kita. Ustaz menyatakan bahawa penerima dan pemberi rasuah akan menjadi ahli neraka.
EPISOD 31 – KERJA SUATU IBADAH
Kerja suatu ibadah menggambarkan perihal orang yang asyik merungut kerana banyak kerja. Untuk itu ustaz menasihatkan mencari kerja yang menjadi suatu ibadah iaitu pekerjaan yang halal.
EPISOD 32 – PEMAKANAN DALAM ISLAM
Episod ini memaparkan kesan pemakanan yang tidak halal kepada tubuh badan kita. Ustaz menasihati supaya sentiasa berdoa untuk menjauhi daripada perkara-perkara yang merosakkan iman.
EPISOD 33 - MENOLAK QADA’ DAN QADAR
Episod menolak takdir atau qada dan qadar. Ustaz berpesan supaya umat islam jangan berserah kepada takdir semata-mata sebaliknya kita dituntut berusaha untuk kehidupan lebih baik.