SEJADAH
Musim Pertama (30 Episod)
EPISOD 1– PENGERTIAN SEMBAHYANG DAN SOLAT
Episod ini membicarakan maksud sembahyang dan juga solat. Manakala, demonstrasi menunjukkan cara mengambil wuduk dengan sebotol air.
EPISOD 2 – KEFARDUAN SOLAT
Perbincangan di dalam episod ini ialah mengenai kefarduan solat. Cara mengambil wuduk yang sempurna pula mengisi segmen demonstrasi
EPISOD 3 – SOLAT TIANG AGAMA
Episod ini membincangkan hal berkaitan solat yang menjadi tali pengukur seseorang apabila berada di padang masyar kelak. Segmen demonstrasi memaparkan bagaimana melakukan solat dalam kenderaan.
EPISOD 4 – AMALAN PERTAMA YANG DIKIRA
Episod amalan pertama yang dikira membicarakan betapa pentingnya menjaga solat. Demonstrasi cara bertayamum diselitkan dalam segmen berikutnya.
EPISOD 5 – SOLAT : KEMULIAAN SEORANG HAMBA
Episod ini membuktikan solat mampu mengangkat kemulian seorang umat. Manakala, wuduk jabirah adalah salah satu cara untuk mereka yang berbalut anggota mengambil wuduk dengan sempurna.
EPISOD 6– HIKMAH SOLAT : ZIKRULLAH
Berzikir dalam solat. Itulah antara isi tersirat yang cuba disampaikan di dalam episod ini. Episod demonstrasi menunjukkan cara masuk dan keluar tandas beserta dengan doa.
EPISOD 7– RUKUN SOLAT PERTAMA : NIAT DAN SYARAT-SYARATNYA
Solat dapat menghalang daripada melakukan perkara keji. Segmen demonstrasi kali ini menunjukkan cara mengangkat tangan ketika takbiratulihram dengan betul.
EPISOD 8 – SYARAT-SYARAT WAJIB SEMBAHYANG
Apabila seseorang telah tergolong daripada orang-orang yang beragama islam, maka wajib baginya mengerjakan solat dengan sempurna dan melakukan amalan-amalan lain. Qiam yang betul mengisi segmen demonstrasi kali ini.
EPISOD 9 – RUKUN SOLAT KE-2 : BERDIRI BETUL DAN SYARAT-SYARATNYA
Sejadah akan membicarakan bagaimana keadaan ini dapat mengelak daripada terbatalnya sembahyang. Solat dalam keadaan duduk boleh dilakukan bagi mereka yang tidak mampu melakukannya dalam keadaan berdiri.
EPISOD 10 – SUNAT AB’ADH
Sunat ab’adh ialah perkara yang dilakukan bagi melengkapkan lagi solat. Demonstrasi kali ini akan memaparkan solat dalam keadaan mengiring dengan menggunakan isyarat anggota.
EPISOD 11 – HIKMAH SOLAT : MEMBENTUK SISTEM POLITIK
Episod kali ini membincangkan hikmah solat membentuk sistem politik. Episod kali ini akan memaparkan cara rukuk yang betul.
EPISOD 12 – RUKUN SOLAT KE-3 : TAKBIRATULIHRAM DAN SYARAT-SYARATNYA
Takbiratulihram dan syarat-syaratnya membicarakan rukun yang perlu dibuat dengan sempurna bagi memastikan kelancaran dalam mengerjakan ibadat solat. Segmen demonstrasi kali ini akan memaparkan cara membersihkan najis mughallazah.
EPISOD 13 – RUKUN SOLAT KE-4 : MEMBACA AL-FATIHAH DAN SYARAT-SYARATNYA
Membaca al-fatihah adalah salah satu rukun dalam solat yang wajib dilakukan oleh hambanya ketika bersembahyang. Sujud dimuatkan ke dalam segmen demonstrasi.
EPISOD 14 – APAKAH TEMPAT JATUH MATAHARI KIBLAT KEPADA KITA?
Kiblat adalah perkara yang perlu dititikberatkan kerana sebelum bersolat perlu menentukan di mana arah kiblat. Sekiranya imam melakukan kesilapan, makmum boleh menegur dengan cara yang ditunjukkan di dalam segmen demonstrasi kali ini.
EPISOD 15 – RUKUN SOLAT KE-5 : RUKUK DAN SYARAT-SYARATNYA
Episod kali ini membicarakan pergerakan rukuk dan syarat-syarat yang harus disempurnakan. Demonstrasi kali ini menunjukkan iktidal dengan betul.
EPISOD 16- SOLAT DHUHA
Solat dhuha ialah sembahyang sunat yang dikerjakan pada waktu matahari kian panas kira-kira jam 10 pagi sehingga sebelum masuknya waktu zohor. Solat jamak akan mengisi segmen demonstrasi kali ini.
EPISOD 17- HIKMAH SOLAT : PENGHALANG PERKARA KEJI
Episod penghalang perkara keji membincangkan peranan solat atau hikmah yang diperolehi daripada solat. Segmen demonstrasi menunjukkan cara membersihkan tahi cicak.
EPISOD 18- RUKUN SOLAT KE-6 : IKTIDAL DAN SYARAT-SYARATNYA
Pergerakan iktidal dalam solat harus dijaga kerana ia boleh menyebabkan solat tidak sah hukumnya. Segmen demonstrasi memaparkan cara solat dalam keadaan mengiring dengan menggunakan isyarat kelopak mata dan hati.
EPISOD 19- SYARAT-SYARAT SAH SEMBAHYANG
Syarat-syarat sah adalah yang terpenting diberi perhatian sebelum mengerjakan solat. Cara untuk menyuci najis mukhaffafah dimuatkan di dalam segmen demonstrasi.
EPISOD 20 - HIKMAH SOLAT : MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH
Episod ini akan membincangkan hikmah solat dapat membangunkan ekonomi ummah. Bacaan qunut dipaparkan untuk tontonan umum di dalam segmen demonstrasi.
EPISOD 21- PEMBAHAGIAN RUKUN SOLAT
Episod pembahagian rukun solat membincangkan tiga rukun yang terdapat di dalamnya. Solat jenazah mengisi segmen demonstrasi ini.
EPISOD 22- RUKUN SOLAT KE-7 : SUJUD DAN SYARAT-SYARATNYA
Sujud wajib dilakukan dan sekiranya tidak dilakukan dengan sempurna ia akan membatalkan solat berkenaan. Demonstrasi ini akan memaparkan solat duduk di atas kerusi.
EPISOD 23- KOMPONEN SEMBAHYANG
Perkara-perkara yang wujud di dalam komponen sembahyang ialah syarat, rukun dan juga sunat. Tahiyat akhir akan mengisi segmen demonstrasi.
EPISOD 24- RUKUN SOLAT KE-8 : DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN SYARAT-SYARATNYA
Duduk antara dua sujud iaitu rukun yang ke lapan akan mengisi episod ini. Solat qasar dilakukan dengan sempurna di dalam segmen demonstrasi yang dipaparkan pada episod ini.
EPISOD 25- SOLAT JENAZAH
Episod kali ini akan membincangkan topik solat jenazah. Segmen demonstrasi akan memaparkan salam yang telah dilakukan dengan sempurna.
EPISOD 26- RUKUN SOLAT KE-9 : DUDUK KERANA MEMBACA TAHIYAT DAN SYARAT-SYARATNYA
Rukun yang ke sembilan iaitu duduk kerana membaca tahiyat dimuatkan di dalam episod ini. Cara membersihkan najis mutawassitah akan dimuatkan di dalam segmen demonstrasi.
EPISOD 27- BERTAYAMUM
Bertayamum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua belah tangan sebagai ganti wuduk apabila ketiadaan air atau air yang tidak mencukupi. Solat dalam keadaan melentang menggunakan isyarat anggota akan ditunjukkan dengan lebih teliti di dalam segmen demonstrasi.
EPISOD 28- RUKUN SOLAT KE-10 : MEMBACA TAHIYAT AKHIR DAN SYARAT-SYARATNYA
Di dalam episod ini ditekankan bahawa peliharalah segala huruf, kalimah, baris dan i’rabnya ketika membaca tahiyat akhir. Sujud syukur ialah solat sunat yang dilakukan apabila seseorang beroleh nikmat dan terselamat daripada bala.
EPISOD 29- SOLAT ISTIQARAH
Solat istiqarah adalah solat sunat yang kebiasaannya dilakukan pada sebelah malam untuk meminta petunjuk daripada allah s.w.t bagi membuat pilihan ataupun keputusan sebaik mungkin. Solat dalam keadaan melentang dengan isyarat kelopak mata dan hati akan dimuatkan di dalam segmen demonstrasi pada kali ini.
EPISOD 30- HIKMAH SOLAT : MELAHIRKAN KETENANGAN
Episod ini memuatkan teori tentang hikmah solat dapat melahirkan ketenangan. Segmen demonstrasi membawakan penonton berkaitan sujud sahwi.
EPISOD 31- RUKUN SOLAT KE-11 : SELAWAT DALAM TAHIYAT AKHIR DAN SYARAT-SYARATNYA
Selawat ke atas nabi muhammad s.a.w perlu dijadikan amalan seharian kerana ia akan memberi manfaat kepada pengamalnya. Berjalan di dalam solat dipaparkan di dalam segmen demonstrasi
EPISOD 32- PENENTUAN ARAH KIBLAT DENGAN KOMPAS
Episod ini memaparkan bagaimana untuk menentukan arah kiblat menggunakan kompas. Segmen demonstrasi memaparkan adab masuk dan keluar dari masjid.
EPISOD 33- RUKUN SOLAT KE-12 : SALAM PERTAMA DAN SYARAT-SYARATNYA
Salam dianggap sebagai penutup kepada solat. Cara mematikan telefon bimbit semasa solat akan mengisi segmen demonstrasi.